* p e n t i n g *
perjalanan itu kadang2 memenat kan
walau lama mana perjalanan itu
selagi hayat dikandung, selagi itu hati dipegang

* p e n t i n g *
* p e n t i n g *
post ini utk mereke berkenaan,
nama dan watak dirahsiakan
atas sebab2 peribadi

tapi ape yang jadi
hanye watak ngan empunye blog je tau

Sunday, October 5, 2008

kisah kapak emas

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai.

Si pencari kayu berasa sedih kerana satu satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari pari dan bertanya pada si pencari kayu, "Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.

Pari pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas. "Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari pari. "Bukan... . ", jawab si pencari kayu ringkas.

Pari pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?" tanya pari pari lagi. "Bukan yang ini", jawab si pencari kayu. Sekali lagi pari pari turun kedalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err. . mungkin yang ini?", duga pari pari. "Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab sipencari kayu jujur. Akhirnya pari pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu. "Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi".

Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari pari memberi kesemua ke empat empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

dapat tau kat kawan nye si gembala kambing, dia pun wat menda sama, dia pinjam kapak kayu si pencari kayu, dia wat2 terjatuh dalam sungai tu,

kuar pari pari bertanya "hai encik, encik ini terjatuh kapak encik ke?" si gembala kambing pun jawab ngan selamber "yep2 tu saya nye, saya ni nak mencari kayu utk dijual, anak bini lapar tak makan, itu lah satu2 nye kapak saya"

pari pari pun hilang kejap, lepas tu dia bawak lah same cam cite si pencari kayu, dia bawak kapak emas dan bertanye pada si gembala lembu neh, "encik ini kah kapak encik?" terus si gembala lembu jawap, "ye lah tu lah dia kapak saya, saya risau sungguh, terima kasih banyak2"

pari pari hilang kejap dan muncul balik ngan 2 kapak lagi, satu dari berlian, satu lagi kapak biasa "encik saya jumpa kapak ini gak kat sungai tu, encik punya gak ke" si gembala lembu dah tak tahan tgk permata berkilau2 terus menjawab tanpa berfikir panjang "ye lah tapi yang buruk tu bukan saya punya"

"kepala hatok ko, ko ni tipu je kerja nye, kapak ni pun bukan ko nye gak, ni kapak si pencari kayu, ko ni agak2 la nak tipu kot ye pun, tadi ko kate satu2 nye kapak ko, dah tu tiba2 jadi dua pulak ko ni memang la tipu tak ingat dunia, nah amik kapak ni aku kapak kan kepala ko,

lalu si gembala kambing pun kene kapak ngan pari pari tu

4 comments:

Anonymous said...

++ler ingatkan teman jadi watak utame crite ni, tapi rupenye pari pari T_T

Anonymous said...

otai gle pari2 tu~ lol

sinchan said...

hahaha pari2 tu ialah ikan pari
=)

@meeness
biasa la pari2 memang la otai

Anonymous said...

my dad pernah cerita this story to me as a bed time story, nice one