* p e n t i n g *
perjalanan itu kadang2 memenat kan
walau lama mana perjalanan itu
selagi hayat dikandung, selagi itu hati dipegang

* p e n t i n g *
* p e n t i n g *
post ini utk mereke berkenaan,
nama dan watak dirahsiakan
atas sebab2 peribadi

tapi ape yang jadi
hanye watak ngan empunye blog je tau

Thursday, October 9, 2008

ALLAH Maha Mengtahui

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

* Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
* Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah (SWT)"
* Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
* Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
* Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).



Terjemahan Doa’ :
Ya Allah (SWT)! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah (SWT) kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

4 comments:

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

1st time masuk blog lu. Lu punya blog mmg besh... keep it up! Wa suka lu punya background blog... Isi2 blog pun mantap.

Anonymous said...

i love ur style, cool n islamic, i love reading ur blog

Anonymous said...

++encik zincilolon kalo tau bace doa pas smayang yang pendek2 leh tolong pos? saye dah tua pun tak hapal2 lagi doa, mahupun yang pendek..

sinchan said...

@my lovely vic
takde la best mane pun, wa punye simple jer, lu nye blog pun best, tq la lu sudi baca, hehehe time wat komen ni, wa agak kelakar sikit, sebab nye wa tak pernah or jarang guna wa n lu with someone, tak pe there is a start

@lady gurl
sy insan biasa je, tak de special2, tq sebab baca, n komen2

@ikan pari
teman dah post baru n hope ade membantu